Thursday 25 August 2011

CeritaLucu : Hadiah Hari Guru (Sempena Hari Guru)

Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Slow, di sebuah sekolah rendah, di kawasan
pedalaman. Cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid-muridnya tentang hadiah
sempena Hari Guru esok.

Cikgu:
Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan.

Murid: Tapi cikgu, hadiah yang macam
mana?

Cikgu: Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam
jagung… jagunglah hadiahnya, jika nelayan, ikan pun
boleh..

Murid-murid: Ohh…. begitu..

Keesokan harinya, penuh
meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah… macam-macam ada. Tersenyum lebar cikgu
….

Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat
pulak!

Mamat: Usung hadiah cikgu… tu ada kat luar
kelas.

Cikgu: Ya.. Allah, batu nesan Mat?????

Mamat:
Ha….aaa (dengan bangga)

Cikgu: Ayah kamu kerja
apa?

Mamat: PENGGALI KUBUR cikgu.

Cikgu: Patutlah.

No comments:

Post a Comment