Thursday 25 August 2011

CeritaLucu : Lawak pendek

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam
semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak
mati.

------------------------------------------------------

SAM:
Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3
barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2
Ringgit

------------------------------------------------------

SAM:
Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati
lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam
air!

------------------------------------------------------

SAM:
Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah....
hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok
muka dia pucat semacam
jer....

------------------------------------------------------

SAM:
Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang
kau pergi campur garam apasal?
DOL:Kan aku kata, sebab gula dah
habislah

------------------------------------------------------

SAM:
Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti
dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku
dah kena
potong!

------------------------------------------------------

SAM:
Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada
aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah
tanya, aku dah
tahu...

------------------------------------------------------

SAM:
Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku
kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik
lagi.

------------------------------------------------------

SAM:
Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku
dah cakap kat kau,jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"

No comments:

Post a Comment