Thursday, 25 August 2011

CeritaLucu : Hadiah Hari Guru (Sempena Hari Guru)

Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Slow, di sebuah sekolah rendah, di kawasan
pedalaman. Cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid-muridnya tentang hadiah
sempena Hari Guru esok.

Cikgu:
Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan.

Murid: Tapi cikgu, hadiah yang macam
mana?

Cikgu: Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam
jagung… jagunglah hadiahnya, jika nelayan, ikan pun
boleh..

Murid-murid: Ohh…. begitu..

Keesokan harinya, penuh
meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah… macam-macam ada. Tersenyum lebar cikgu
….

Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat
pulak!

Mamat: Usung hadiah cikgu… tu ada kat luar
kelas.

Cikgu: Ya.. Allah, batu nesan Mat?????

Mamat:
Ha….aaa (dengan bangga)

Cikgu: Ayah kamu kerja
apa?

Mamat: PENGGALI KUBUR cikgu.

Cikgu: Patutlah.

CeritaLucu : Cita2 tinggi


Cuti semester bagi murid-murid sekolah bagi
sebuah sekolah yang berada di luar Bandar telah tamat tempohnya. Sekumpulan
murid-murid pintar dari kelas 3 Ceria dengan cerianya memulakan kelas pertama
dengan Cikgu Fery.

Seperti kebiasaan pada awal kelas cikgu ingin
menyematkan semangat belajar dalam diri pelajar dengan bertanyakan cita-cita
mereka.

Satu persatu pelajar dengan bersemangat menjawab.

Farid : Saya ingin jadi Doktor.

Cikgu Fery : Bagus….nanti cikgu boleh dapatkan
rawatan percuma.

Ikhwan : Saya
ingin jadi petani moden.

Cikgu Fery
:
Lagi bagus….nanti hantarkan bekalan sayur percuma ke rumah
cikgu.


Cikgguuuuu!!!.Sahut seorang murid bernama Sharil dari meja
belakang…


Cikgu Fery : Yer
saya….

Shahril : Cita-cita dorang
tak mencabar la cikgu…cita-cita saya ingin pecahkan rekod dunia..saya ingin
menjadi orang pertama menjejaki kaki ke planet matahari.

Semua murid
tepuk tangan dan bersorak.

Cikgu Fery : Saya rasa cita-cita awk tu akan
menyebabkan awak dapat menetapkan tarikh mati awak la….kan planet matahari tu
panas... terbakar la kaki awak tu…tengok macam petang ni la, panaskan…tapi ni
jaraknya masih jauh..

Semua pelajar tengok Sharil…

Shahril : Ala…cikgu ni… cikgu…ingat saya ni
bodoh sangat ke, saya tahu la matahari tu panas…tapi saya bercadang nak pergi
malam…malam kan sejuk..macam semalam sejuk je…..

Semua murid tepuk tangan
dan bersorak.

p/s : Anak muda sekarang ni memag tak boleh diduga.

Sunday, 21 August 2011

Cara Ganti Puasa Ramadhan & Bayar Fidyah Puasa

Puasa atau dalam istilah arabnya saum secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya. Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah : 183)
Orang Yang Dilarang Puasa


Wanita yang didatangi haid dan nifas. Diriwayatkan dari 'Aisyah ra. ia berkata :
“Disaat kami haidh di masa Rasulullah saw, kami dilarang puasa dan diperintahkan mengqadhanya, dan kami tidak diperintah mengqadha Shalat " ( H.R Bukhary Muslim)
Orang Yang Diberi Kelonggaran Tidak Berpuasa

  1. Orang yang musafir yang tiada tenaga dalam musafirnya oleh berbuka dan wajib ia ganti puasa tersebut.
  2. Orang yang uzur seperti orang tua yang tidak mempunyai kekuatan untuk berpuasa.
  3. Ibu yang menyusu anaknya, kalau di dapati ibu tersebut lemah disebabkan anaknya menyusu dan lemah disebabkan puasa, maka ibu tersebut boleh berbuka puasanya.
  4. Orang Islam yang pergi berperang dan berhadapan dengan musuh Islam, maka dibolehkan mereka berbuka untuk memberikan kekuatan kepada mereka melawan musuh Islam.
  5. Orang yang sakit dan dinasihatkan oleh doktor perubatan bahawa beliau tidak perlu puasa dan jika ia puasa sakitnya lebih teruk lagi.
  6. Wanita yang hamil dan dinasihatkan oleh doktor supaya tidak berpuasa, kerana dikuatiri dirinya menjadi lemah dan akan membahayakan kandungannya, maka wanita itu tidak wajib berpuasa.
Cara Menggantikan Puasa Ramadhan

Orang Islam yang diberikan kelonggaran untuk berbuka puasa Ramadhannya, wajib digantikan kembali puasanya jika ia berkuasa dan sakitnya sembuh selepas puasa nanti. Orang yang musafir yang berbuka puasanya disebabkan tiada kuasa dalam perjalanannya, maka ia diwajibkan ganti semula puasanya selepas bulan Ramadhan.

Tahun pertama orang yang meninggalkan puasanya atau berbuka puasanya, maka ia diwajibkan ganti semula kesemua puasa yang ditinggalkannya. Tetapi bagi orang yang memang tidak mampu untuk berpuasa dan memang tidak boleh berpuasa, jika ia puasa akan mendatangkan kemudharatan kepadanya. Maka ia tidak diwajibkan menggantikan puasanya dan ia diwajibkan Fidyah kepada orang miskin.
Cara Mengeluarkan Fidyah

Maksud Fidyah ialah satu cupak makanan asasi tempatan yang disedekahkan kepada fakir miskin mewakilli satu hari yang tertinggal puasa Ramadhan padanya. Makanan asasi masyarakat Malaysia adalah beras, maka wajib menyedekahkan secupak beras kepada fakir miskin bagi mewakili sehari puasa. Ukuran secupak beras secara lebih kurang sebanyak 670gram. Contohnya sipulan telah meninggalkan puasanya sebanyak 5 hari, maka dia wajib membayar Fidyahnya sebanyak 5 cupak beras kepada fakir miskin.  Firman Allah yang bermaksud :
“(Puasa Yang Diwajibkan itu ialah beberapa hari Yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu Yang sakit, atau Dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari Yang dibuka) itu pada hari-hari Yang lain; dan wajib atas orang-orang Yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar Fidyah Iaitu memberi makan orang miskin. maka sesiapa Yang Dengan sukarela memberikan (bayaran Fidyah) lebih dari Yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (Walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi Fidyah), kalau kamu mengetahui.” (Al-Baqarah : 184)

Fidyah dikenakan kepada orang yang tidak mampu berpuasa dan memang tidak boleh berpuasa lagi. Maka dengan itu Islam telah memberikan keringanan (rukshoh) kepada mereka yang tidak boleh berpuasa dengan cara membayar Fidyah iaitu memberikan secupak beras kepada orang fakir miskin. Begitu juga kepada orang yang meninggalkan puasa dan tidak menggantikan puasanya sehingga menjelang puasa Ramadhan kembali (setahun), maka dengan itu mereka dikehendaki berpuasa dan juga wajib memberikan secupak beras kepada fakir miskin. Begitu juga pada tahun seterusnya. Fidyah akan naik setiap tahun selagi mana orang tersebut tidak menggantikan puasanya. Untuk semakkan atau perkiraan boleh klik di sini.

Fidyah tidak boleh digantikan dengan zakat, kerana zakat dan Fidyah adalah dua perkara yang berbeza. Zakat fitrah lain dan Fidyah juga lain. Jika anda terlalu sibuk dan tidak ada masa untuk membayar Fidyah, maka anda boleh wakilkan kepada orang yang dipercayai untuk membayar fidyah anda kepada fakir miskin.

Sekadar ini sahaja penjelasan saya, jika ada apa-apa yang tidak difahami dan ragu-ragu, maka boleh bertanya di ruangan komen di bawah ini. Insyaallah saya akan menjawabnya apabila ada masa lapang nanti. Segala yang baik itu datang dari Allah dan segala yang buruk itu datang dari saya sendiri.

Pentingnya Tidur yang cukup !

Selama ini kita sering kali mendengar anjuran agar tidur kurang lebih selama delapan jam. Anjuran tersebut ternyata bukan tanpa alasan, karena selama kurun waktu tersebut tubuh mereparasi diri guna menghadapi rutinitas selanjutnya. Sayang sekali, sekarang ini banyak sekali individu yang kurang mendapat waktu istirahat atau tidur yang cukup.

Perlu diketahui, kurang tidur pada usia 20 tahunan, tidak menunjukan efek samping yang terlalu nampak. Padahal, beristirahat cukup dalam semalam akan efek yang berbeda pada wajah anda.

Aktor Hollywood sekaliber Brad Pitt, mengakui penampilannya sedikit berubah atau tidak segar lantaran waktu untuk beristrihat tidaklah cukup. Brad begitu kelelahan dan akhirnya mempengaruhi penampilannya.

Lain halnya dengan penyanyi seksi Jennifer Lopez. Dia justru sengaja menyiapkan waktu selama delapan jam untuk memberikan kesempatan pada tubuhnya mereparasi diri. Wal hasil, tampilan wajah J-Lo tampak jauh lebih muda 10 tahun dari usianya.

"Kami menduga, kehilangan waktu tidur tidak hanya mempercepat terjadinya penuaan tetapi juga meningkatkan penyakit seperti hipertensi, diabetes, obesitas dan hilangnya memori," ujar Eve Van Center, salah seorang peneliti seperti dikutip dari Dailymail.co.uk,Rabu (17/2).

Riset yang digagas Europe Sleep Research Society  mencatat, individu yang kurang tidur cenderung berpenampilan kurang menarik dan memiliki warna kulit lebih pucat.

Sementara itu, Direktur Sleep Research Center, Universitas Loughbrough, Profesor Jim Horne menyatakan salah satu fungsi utama tidur adalah memungkinkan otak untuk memperbaiki dirinya sendiri.

Selama tidur, korteks, bagian terbesar otak yang mengatur fungsi-fungsi yang lebih tinggi, seperti pikiran dan tindakan masuk ke tahapan reparasi. Sebabnya, ketika anda kurang tidur, anda bakal mudah marah, cepat stress, pelupa dan tidak mudah berkosentrasi pada tugas.

Friday, 19 August 2011

Pelajaran pertama. Percakapan Dasar

네.(예.)[ Ne.(ye.)]
Ya.


아니오.
[Anio.]
Tidak. (Bukan.)


여보세요.
[Yeoboseyo.]
Halo.


안녕하세요.
[Annyeong-haseyo.]
Apa kabar.


안녕히 계세요.
[Annyong-hi gyeseyo.]
Selamat tinggal.


안녕히 가세요.
[Annyeong-hi gaseyo.]
Selamat jalan.


어서 오세요.
[Eoseo oseyo.]
Selamat datang.


고맙습니다.(감사합니다.)
[Gomapseumnida.
(Gamsahamnida.)]
Terima kasih.


천만에요.
[Cheonmaneyo.]
Kembali. (Sama-sama.)


미안합니다.(죄송합니다.)
[Mianhamnida. (Joesong-hamnida.)]
Minta maaf. (Mohon maaf.)


괜찮습니다.(괜찮아요.)
[Gwaenchansseumnida.]
Tidak
apa-apa.

실례합니다.
[Sillyehamnida.]
Permisi.